Tahun Baru cina tahun ni memberi erti besar kat aku sebab merupakan simptom kronik umur aku semakin meningkat..genap seminggu je selepas perayaan tu, aku akan start hidup first time dengan umur angka 20 tahun..wah lau weh, besar dah aku ni..haha.macam tak percaya pun ada..shock pun ada bila di kalangan umur sebaya aku, or kawan2 aku, ada dah yang kahwin atau dah bertunang.. Alya, ko bila lagi? (tanya diri sendiri hahahaha!)
Post kali ni aku nak share pasal perayaan sahabat 1 Malaysia kita ni, perayaan Tahun Baru Lunar..
Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar sebenarnya adalah satu perayaan utama masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Kalau korang tak tau, perayaan ni pun disambut oleh penduduk di Vietnam dan Korea.(kalau dah tau,buat2 la tak tau, happy-kan la aku ni haha)
Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah, sama la macam orang Melayu kita ni sambut Aidilfitri. Setiap rumah akan dihias dan dipenuhi dengan macam2 hiasan yang melambangkan keamanan, kemakmuran dan keberuntungan(sama tak macam 'keuntungan'?). Limau-limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis yang memberi maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim perayaan ni sebab warna keemasannya melambangkan limpahan kekayaan.
Begitu jugak dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bo lok dalam Bahasa Kantonis atau orang Melayu kita panggil Limau Bali. Lok membawa maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) atau nenkul (Bahasa Kantonis) (atau Kuih Bakul) yang melambangkan 'peningkatan sepanjang tahun'. Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan.
Di antara perhiasan yang famous adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini mempunyai bentuk yang sangat unik dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataan-perkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu jugak, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru.
Dalam perayaan Tahun Baru, 'makan besar' (atau dalam kata lain, big feast kot?) menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy' (kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan memberi keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan mentah dan beberapa jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ni dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang baik.
Post kali ni aku nak share pasal perayaan sahabat 1 Malaysia kita ni, perayaan Tahun Baru Lunar..
TAHUN BARU LUNAR / PERAYAAN MUSIM BUNGA

- sumber info daripada: http://www.kpkk.gov.my/pdf/infoCNY.pdf
- sumber gambar daripada: Google, Photobucket
2 budak suka tunjuk gigi:
I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.
ur welcome =)
Post a Comment