Sabtu, 28 Mei 2011
aL pergi kenduri kahwin anak perempuan kepada kawan sekolah Abah.. Hari tu aL tak fikir banyak/berangan pasal kahwin.. aL banyak fikir pasal Abah dengan kawan2 sekolah dia.. Seronok tengok diorang happy jumpa satu sama lain.. Ye la kan, berkawan dah lama.. daripada umur belasan tahun, sekarang dah 55+ tahun..
Mesti seronok jugak bila aL sendiri dapat merasakan pengalaman macam tu.. Masing2 akan bandingkan perut siapa lagi tinggi? Badan siapa yang lagi besar semangat? Siapa still maintain hot? Siapa dah banyak uban? Siapa dah botak? hahahaha. Lepas tu aL nampak diorang hisap rokok sesama.. Mungkin ada yang tak merokok di situ.. aL tak perhati sangat haha.. Lepas tu nampak diorang bergambar sama2.. Macam reunion.. aL cakap kat Mama aL masa tu, kan best kalau diorang ada jugak gambar ramai2 macam tu masa muda2 zaman sekolah, lepas tu letak sebelah2 dengan gambar yang baru ambik tadi.. Bandingkan.. Mesti gelak tak berhenti hahahaha
Ahad, 29 Mei 2011
aL pergi kenduri kahwin kawan kakak aL (Kakcik) pulak.. aL dengan si pengantin perempuan memang saling kenal dah.. Lebih kurang 5 tahun macam tu.. Masa duduk lepak dalam bilik pengantin sambil kakak aL menyusukan baby boy die, aL perhati la suasana bilik tu.. ada 3 kawan Kakcik yang aL kenal.. 1 yang jadi pengantin hari tu, 2 lagi tu pengantin baru la jugak, inai ada lagi hehe.. Kakcik pun masuk dalam kotak fikiran aL masa tu..
Kali ni aL pun fikir banyak, sama macam kat kenduri sehari sebelum.. aL fikir, seronok kan bila kita tengok kawan2 kita dah nikah.. Seronok tengok kawan2 kita dah ada keluarga sendiri.. Dah ada anak.. Seronok tengok kawan2 kita bahagia.. Kan? Lagi2 kawan yang kita dah kenal lama.. Tapi tak tau la kot2 ada isu perbandingan spouse siapa yang lagi hensem/cantik? hahahaha..
Isnin, 30 Mei 2011
Hari ni aL menulis, aL boleh wat ramalan tentang hari2 yang aL (dan kita semua) akan tempuhi.. InsyaAllah kalau umur panjang.. Masa umur 20-an, kita akan menghadiri kenduri kahwin kawan2.. Esok2 bila dah beranak, bercucu, dah berumur, kita akan menghadiri kenduri kahwin anak kawan2 kita pulak.. Seronok kan kitaran hidup.. Sangat manis... Sebab tu la kita kena sentiasa menghargai kehidupan kita.. Segala perkara yang kita dah kecapi, pengalaman dan harta berharga (keluarga) tak boleh kita sia2kan.. Jangan sentiasa merungut.. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. =)
Psstt..
aL teringin nak ada hidup yang macam ni; berkahwin, ada anak2 sendiri, tengok kawan2 dah kahwin, bahagia dengan suami & keluarga sampai akhir hayat.. Semoga Allah kabulkan permintaan hamba-Nya ini.. Amin..
p/s: Pergi Pusat Pakaian Hari-hari kat Giant Nilai, terkejutnya bila staf kat situ jerit ramai2 bila nampak customer masuk.. SELAMAT DATAANGG!~ aL fikir, annoying gilaa! bila nak keluar, TERIMA KASIH, DATANG LAGII!~ dah la panjang bunyi harkatnya.. tak tahan nak gelak hahaha..
22 hours ago
2 budak suka tunjuk gigi:
spouse i kot y palin ensem, hehehe
hahaha~ ye la tu Bella~
janji bahagia =p
Post a Comment