Sunday, 10 July 2011

Umur Masih Mentah Kan?

Doodled by aL sYa at Sunday, July 10, 2011
Sekarang ni aL tengok budak2 yang umurnya belum sampai tahap lulus untuk mengundi pun dah pandai berbahas pasal Bersih tu kan.. Termasuklah aL.. Ya, siapalah aL ni pada pandangan kakak abang makcik pakcik sekalian yang mengaku makan garam terlebih dahulu daripada aL dan rakan2 sebaya..

Tapi, jangan lupa, walaupun nampak kami mentah, kami sudah bertatih dalam menilai perkara yang berlaku di sekeliling kami.. Kami tahu sedikit sebanyak apa yang salah di sekeliling kami..

Andai generasi kami yang memerintah nanti, insyaAllah kami akan betulkan segala yang silap.. Akan kami bangunkan Islam.. Akan kami perjuangkan Islam jika ada yang menentang agama suci kami.. Jangan risau, doakan kami berjaya utk merealisasikan impian kita semua untuk melihat Malaysia menjadi negara Islam yang berjaya dan disegani dunia..

Secara jujurnya, apa yang aL perhatikan, kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang masing2 buat silap.. Yang sana kata org sini macam tu.. Yang sini kata orang sana macam ni.. Itu yang aL nampak.. Ramai lagi generasi muda yang nampak sedemikian..

Cemane dengan isu Bersih 2.0? aL akui memang aL tidak menyokong demo tu.. Bukan sebab menyokong kerajaan, bukan sebab nak kata sistem pilihanraya kita dah cukup bersih, tapi sirah Rasul tak pernah mengajar suruh wat demo.. Siapa la aL ni yang masih jahil dalam agama.. Tapi, tu kepercayaan aL.. Tak kira la apa jua demo pun selain Bersih, aL memang tak sokong.. Sebabnya demo tu menyusahkan orang.. Nak kata demo tu alat baru untuk perjuangkan hak, tak jugak, sebabnya boleh kan wat secara aman = rundingan meja bulat.. Lagi haru bila ada peserta perarakan tu bawak anak2 kecil yang tak bersalah..

Gempar kat media, kononnya macam berlaku tsunami dahsyat, mengatakan polis zalim, kerajaan zalim, sebab menghalau peserta demo tu tanpa perikemanusiaan.. Ya, aL akui memang ganas, tapi pihak polis dah keluarkan amaran sebelum demo tu start.. Bukan tiba2 nak serang secara kejam.. Tapi tindakan tu mesti dibuat untuk menyuraikan perhimpunan tu.. aL mengaku polis pun buat silap sebab menghalang orang yang nak solat.. Tu memang tak patut..

aL dah penat melayan politik sekarang.. Semua benda tak betul.. Kami dah tak tau nak percaya siapa dah.. Jadi siapa kami nak undi nanti?

1 budak suka tunjuk gigi:

bunga on 11 July 2011 at 11:49 said...

betul..sama lah ngn bunga..masih dalam kajian sapa yang nak dipilih..

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa