Sunday, 7 August 2011

Bila Aku Jatuh Cinta...

Doodled by aL sYa at Sunday, August 07, 2011
Ya Allah, aku juga seperti hambamu yang lain, mempunyai fitrah untuk disayangi dan menyayangi, mencintai dan dicintai dgn keizinanmu..

Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaanMu
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu
Dan aku jua memohon kepadaMu
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku…

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa dia itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahawa dia itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah dia dariku, Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..


Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu…. kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari..

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa