Monday 29 December 2008

salam maal hijrah 1430H..

Doodled by aL sYa at Monday, December 29, 2008
kalau dikira-kira mengikut tahun Islam,umur aku ne sebenarnye dah mencecah 18 thn pun..dalam kiraan takwim Islam,aku ne lahir pd 25 Rejab 1411H..tahun 1430H ni aku akan berumur 19 thn dh~huhu..

kalau dikira-kira lagi,tahun 1429H telah mencatat pelbagai kenangan dan peristiwa..tak kisah la sama ada yg manis utk dikenang atau yg pahit utk ditelan..bila dihitung sekali lagi,aku bersyukur sgt2 sbb masih lagi dikurniakan umur yg panjang dan diberikan peluang utk bertaubat atas segala dosa yang aku dh buat,tak kiralah yg sengaja @ tidak sengaja..

tahun 1429H jugalah tahun yg aku tak terlepas daripada menangis dan ketawa..1429H juga tahun yg mengeratkan lagi persahabatan antara bilik C6 dan sesama batch MRSM PC 07/08..tahun 1429H tahun yang menjadikan aku lebih komited,berdikari n bertanggungjawab..juga thn yg mendorong aku utk lbih mengenali ALLAH dan mendekati-Nya..

tahun 1429H juga telah menyaksikan aku naek dan kecundang dlm pelajaran..begitulah hidup,kita tdk akan selalu berada di atas kerana kita pasti akan berada di bwh juga..walau bagaimanapun,aku akhirnye berjaya jgk dapat sijil graduasi kelas pertama walaupun x dpt keputusan yg cemerlang dlm trial SPM,selayaknya utk pelajar MRSM..haih..

tahun 1429H tahun yang aku amik SPM,penentu masa depan aku..berjaya dgn cemerlang atau x semuanya dpt aku saksikan dlm tahun baru 1430H ini..doakan aku berjaya..sedih klu keputusannya nnt menghampakan..lebih2 lg kpd kedua-dua ibu bapa aku..

harap2 tahun 1430H membawa permulaan yang baru..semoga diri kita diredai dan diberkati ALLAH SWT..semoga tahun baru ini juga mendorong kita utk turut berhijrah,yakni berubah daripada buruk kepada yg baik,atau yg baik kpd yg lbih baik..insya-ALLAH..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa