Tuesday, 20 October 2009

Bercelak? Cemane ek?

Doodled by aL sYa at Tuesday, October 20, 2009

(heeeee...ade la 1 insiden yg wat aku berminat utk share psl ne ngan korg..hehe)

ARTIKEL 1
Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi, daripada Abu Daud Al-Tiyalusi daripada Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Bercelaklah kamu dengan ithmid, (ianya akan) mencerahkan pandangan, dan melebatkan rambut.

Status hadith: Sohih

Penjelasan

1. Rasulullah amat menggalakkan umat Islam untuk memakai celak. Teori rawatan Islam mencadangkan yang pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.

2. Celak juga boleh melebatkan bulu mata. Rambut di dalam hadith di atas banyak ditafsirkan oleh ulamak sebagai bulu mata.

3. Ithmid ialah sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi. Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu, iaitu ada bekas yang mengandungi serbuk atau minyak celak, dan ada batang besi untuk mencelup dan menyapu celak itu di mata. Ada ulamak yang menyatakan ianya merupakan celak daripada Isfahan.

4. Di dalam riwayat sohih yang lain, Rasulullah memakai celak 3 kali di mata kanan dan kiri sebelum tidur.


ARTIKEL 2
Diriwayatkan oelh Abu Daud daripada Abu Hurairah R.Anhu daripada Nabi S.A.W yang telah bersabda yang maksudnya:"barangsiapa yang bercelak maka hendaklah di dalam bilangan yang ganjil,barangsiapa tidak berbuat demikian adalah lebuh baik dan barangsiapa tidak berbuat demikian adalah tidak mengapa(tidak berdosa).Barangsiapa yang beristinjak (dengan batu)ataupun tanah hendaklah di dalam bilangan yang ganjil,barangsiapa yang makan maka barang apa yang tersangkut di celah giginya maka hendaklah mengeluarkannya dari mulut.dan barangapa yang telah dikunyah maka hendahlah ditelan..Barang siapa yang berbuat demikian adalah lebih baik dan barangsiapa yang meninggalkannya adalah tidak mengapa

Daripada Abu Hurairah R.Anhu daripada Nabi S.A.W tleah bersabda yang maksudnya"barangsiapa bercelak maka hendaklah di dalam bilangan yang ganjil."

Maksud hadith ini adalah sesiapa yang ingin bercelak hendaklah melakukannya di dalam bilangan yang ganjil,ini adalah mustahab.Terdapat 2 cara untuk menghasilkan bilangan yang ganjil ini:pertama,bercelak dengan bilangan yang ganjil ke atas setiap belah mata umpamanya 3 kali di sebelah kanan dan 3 kali di sebelah kiri.kedua,bilangan yang terhasil daripada keuda-dua belah mata hendaklah ganjil,umpamanya 3 kali di sebelah kanan dan 2 kali di sebelah kiri.

petikan dari bahagian penyempurnaan celak dari kitab `Raudhatul Ahbab` tulisan Muhadithisin Muhammad Ahsheek Ilahi Al-Baroni..


untuk pemakaian celak,iaitu masanya,dengan pengetahuan saya yang sedikit ini berdasarkan kajian para Muhadithsin pada Hadith2 dan amalan orang yang mengikuti Sunnah Sepenuhnya,iaitu Para Sahabat R.Anhu

Kebiasaannya,Nabi S.A.W akan memakai celak semasa:

-waktu hendak tidur
-semasa hendak ber`safar`(hendak membuat perjalanan)
-semasa hari jumaat
-dan semasa peperangan

cara pemakaiannya,seelok-eloknya di dalam bilangan yang ganjil seperti yang di dalam Hadith.

Celak pada masa sekarang,mempunyai 2 jenis,
1.yang menggunakan macam pensil
2.yang menggunakan batang tiub kaca dan tembaga

untuk pemakaian jenis yang macam pensil ini,anda perlu mencelak pada bahagian bawah kelopak pelipis mata (bukan kelopak)

dan untuk jenis yang kedua,batang tiup kaca@tembaga itu disapu celak dan kemudian anda tutup mata anda dan masukkan(atau istilah yang mudah masukkan dan tarik dari permulaan sebelah dalam ke sebelah luar) dari bahagian mata yang dekat dengan hidung ke hingga ke hujung pangkal mata.

ARKIB ILUVISLAM.COM

2 budak suka tunjuk gigi:

akmalism on 23 May 2012 at 17:42 said...

salam..tanya skit..yang tiub kaca tu, nak celupkan terus dalam botol celak tu ke??sebab saya biasanya basahkan skit tiub kaca tu, nak bagi serbuk tu melekat kat tiub..ke tak payah basahkan?? mohon penjelasan ye kak =D

aL sYa on 30 May 2012 at 00:27 said...

alamak.. haha
dulu2 penah guna masa arwah tok hidup lagi, dia je reti guna. xtau la dia basahkan ke x, sbb bl saya guna, saya terus calit je kt kelopak mata tu..xtau la klu die dh basahkan awl2 ke..

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa