Friday, 18 February 2011

Hachiko : Anjing Setia

Doodled by aL sYa at Friday, February 18, 2011


aku baru je habis tengok movie Hachiko : A Dog's Story tadi..sangat touching..movie tu diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku kat Shibuya, Jepun..kat Tokyo kalau tak silap..

Chu-ken Hachiko lahir kat Akita dalam tahun 1923 dan mula2 dibawa ke Tokyo pada tahun 1924. Hachiko dengan tuan dia, Mr. Eisaburo Uyeno, jadi kawan yang tak boleh dipisahkan start dari awal lagi. Tiap2 hari "Hachi" teman Eisaburo, seorang professor di Imperial University, ke stesen keretapi (profesor tu pergi tempat kerja dia daripada stesen ni). Bila balik daripada tempat kerja, profesor tu mesti nampak anjing dia tunggu dia balik kat stesen tu, sambil menggoyang2kan ekor *cumel sangat*.



Kalau dalam movie tu, tuan dia selalu order Hachiko balik rumah sebelum dia bertolak pergi kerja.. Hachiko tu memang pandai, dia ikut cakap tuan dia, jalan balik, tapi singgah jap kedai daging, tuan kedai tu pun dah kenal Hachiko yang tiap2 hari pergi stesen keretapi, dia bagi sikit daging kat Hachiko. Lepas makan sikit, anjing comel tu pun sambung jalan balik rumah. Dalam movie tu, boleh kata semua orang kat stesen keretapi tu dah kenal Hachiko, daripada penjual hotdog sampai la ke pengguna2 keretapi kat stesen tu. Setiap pukul 5 petang, mesti Hachiko dah terpacak depan stesen keretapi, tunggu tuan dia balik kerja.

Rutin ni berterusan sampailah pada 1925, bila profesor tu jatuh sakit, dan meninggal dunia akhirnya tanpa sempat balik rumah. Maksudnya, dia tak sempat la nak naik tren untuk balik. Dalam movie tu, Hachiko ni macam dah tau ada yang tak kena kat tuan dia nanti, dia macam tak nak lepas tuan dia pergi kerja. Sampaikan dia bawa bola, kejar tuan dia ke stesen tu, nak tunjuk yang dia dah pandai main fetch bola (sebelum ni Hachi memang tak reti kejar bola macam anjing lain). Dia macam tau tu lah kali terakhir jumpa tuan dia, so dia pun nak banggakan tuan dia. Bila tuan dia bertolak pun, dia macam berat hati nak lepas tuan dia. *sedih* Lagi sedihnya, dia tunggu jugak tuan dia balik, sampai la malam, sebab dia tak tau tuan dia dah tak ada, sampai la menantu tuan dia datang ajak Hachi balik rumah.

Bond antara anjing tu dengan tuannya sangat kuat, Hachiko terus tunggu tuannya tiap2 hari kat stesen keretapi Shibuya tu, yang semua orang tau orang yang ditunggu tu tak akan datang balik lagi. Ada masa tu memang Hachiko tak balik rumah langsung, dia tunggu je. Semua yang guna stesen tu dah kenal sangat dengan anjing Akita tu, dah familiar dengan kewujudan dia untuk lebih 10 tahun. Kedatangan ajal tak ada siapa yang tau, anjing tu mati pada 8 March 1935, kat tempat dia last jumpa tuan dia still hidup. *sedih sangat* Tapi, mesti dia happy, dia jumpa jugak tuan dia lepas tu.


ni la Hachiko (gambar kiri) dengan statue yang dibina khas sebagai kenangan (gambar kanan).


lagi gambar Hachiko.


Kalau korang tengok movie dia, mesti korang dapat feel lebih. Aku sendiri pun dah bertakung air mata, dengan 'selsema' lagi. huhuhu. Movie tu ada lagi kat channel HBO bulan ni, try la korang cari next airing time movie tu kalau nak tengok ok? Ataupun korang ley try check kat video links dalam satu webpage ni. klik SINI

Kisah benar pasal anjing setia ni memang menyentuh hati ramai orang. Anjing ni mempamerkan kesetiaan yang semua orang patut contohi. *sedihnya wey! aku nak peluk2 kucing aku yang umur dia dah hampir 5 tahun huhu*

10 budak suka tunjuk gigi:

fiDooo on 18 February 2011 at 15:51 said...

binatang pun ada perasaan, manusia yg ada otak pun kadang2 ilang pedoman. aduh, cerita ni best, manu mawu cari???

*tringat the lion christian.

aL sYa on 18 February 2011 at 15:54 said...

huhuhu..

tu la..orang pun tak setia macam ni..

mne mau cari? try tgk link tu..kat megavideo pun ade je movie ni, tengok on9..tapi tak best la gune megavideo sebab dia limit 72 minit je..dunload je guna torrent hehe

lion christian pun, ha'ah, still ingat tuan dia walupun setahun dah kena tinggal kat hutan, *btul kan cerita ni? hehe*

gabanMorka on 18 February 2011 at 15:56 said...

aku br tgk mgu lepas rasenye..mmg tacing la

sampai hodh n koto anjingg tu tgu tuan die

setia gyler

hachiko baru blaja fetch,tapi tu la kali terakhir die main dgn tuan die

cis, aku xsuke cerita yg wat aku nak kuar air mata

fiDooo on 18 February 2011 at 15:56 said...

mintak share di http://www.facebook.com/pages/blogger-tegar-malaysia/242475749857

[admin] TQ

aL sYa on 18 February 2011 at 16:03 said...

sedih gilaaa kan?? *iskk*

sebelum ni dia punya susa nak main bola dengan orang, tiba2 dah reti tapi tu la 1st and last die main dengan tuan dia..

aL sYa on 18 February 2011 at 16:04 said...

oh thx admin blogger tegar, *terharu maru* heee~

.A:F:I:R:U:D:D:I:N. on 18 February 2011 at 22:33 said...

anjing ke musang nie? haha

aL sYa on 19 February 2011 at 00:43 said...

anjing Akita laa~ anjing breed jepun..made in japan~

misSbLurRy on 19 February 2011 at 01:16 said...

aku baca pon da tacing
wakakkak

aL sYa on 19 February 2011 at 01:49 said...

ya ka cik missblurry? ekekekek...

mmg tacing pn..iskkkk

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa