Tuesday 24 May 2011

aku bukan fashionista

Doodled by aL sYa at Tuesday, May 24, 2011


nak jadi fashionista kena ada bakat seni yang power.. aku tak ada bakat tu. setakat pandai match kaler tudung dengan baju je, tu pun just tau kaler sesuai daripada segi gelap cerah, aku tak reti nak match bagi kaler yang kontra jadi cantik.

buta seni agaknya aku ni. aku ada banyak baju, tapi semuanya tak boleh pakai untuk buat mix and match. kalau ada pun baju tu sendat. aku tak nak dah pakai baju sendat2 macam zaman aku muda2 dulu. (oh sekarang masih muda ya?haha)

aku dah selesa dengan cara pemakaian aku. cukup la dengan baju longgar and labuh, tudung pun menutup dada, gaya simple tapi still kemas. aku rasa tak perlu untuk aku berhias lebih2.



pernah la berkeinginan untuk pakai cun2 fashionista macam kawan2 aku, tapi aku tak mampu la nak mencontohi korang. kenapa? sebab aku tak ada skill seni macam korang, tak juga ada perasaan untuk ubah keselesaan gaya aku sekarang ni. aku tak rasa fashionista thingy ni boleh dipelajari dengan mudah. bagi aku belajar subjek dalam dentistry course lagi senang. nak jadi fashionista, memang kena ada bakat tu, kalau tak, belajar sampai berbayar2 pergi grooming class pun tak guna jugak.

bagi aku, tak salah untuk siapa2 untuk jadi fashionista.. tapi berpada-padalah.. jangan sebab nak tarik sangat perhatian orang, sampaikan baju tak cukup labuh, dedahkan tangan, dedahkan dada.. harap2 jangan sampai ke tahap tu..

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa