Tuesday, 24 May 2011

Bapa Lupa Kat Anak Yang Tidur Dalam Kereta

Doodled by aL sYa at Tuesday, May 24, 2011


Terkejut bila aL baca paper hari ni.. Bapa sendiri boleh lupa kat anaknya yang berusia 3 tahun duk tidur kat belakang kereta (oh bukan dalam bonet tau!).

Al-kisah, kes ni berlaku di Tumpat. Si bapa ni pergi menghadiri majlis pengebumian sepupunya, membawa sekali anaknya. Bila sampai kat kawasan perkuburan tu, si bapa terlupa langsung kat anaknya, terus mematikan enjin dan mengunci kereta. Lagi parah bila lepas SEJAM barulah si bapa teringat kat anaknya tu. Lagi2 parah, bukan dia sendiri yang nak pergi jenguk anaknya dalam kereta tu, dia mintak sepupunya yang tolong jengukkan anaknya. Ish ish ish.........

Bila sampai kat kereta tu, ada la penduduk2 kampung yang tengah mencuba nak keluarkan budak tu daripada kereta. Budak tu didapati dalam keadaan menangis dan basah kuyup. Mungkin sebab berpeluh. Allah lebih menyayangi adik tu, dia maut sesak nafas. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jugalah kita kembali. Al-Fatihah.

aL tak tau la apa kena dengan si bapa tu. Mungkin dia kekurangan sifat kebapaan, kurang juga sikap ambil tahu tentang anaknya sendiri. Apa la nak jadi... Ish ish ish..

p/s: dah la kawasan kejadian pun kawasan perkuburan, kat situ jugak lah ajalnya tiba.. sudah takdir..

2 budak suka tunjuk gigi:

farahaminudin on 25 May 2011 at 11:56 said...

dulu ada jugak story macam ni..tapi tertinggal anak dlm kereta, air-cond pasang..disebabkan air-cond pasang tapi kereta mati enjin menyebabkan gas air-cond tu beracun..dia tertinggal anak selama 3 jam..

aL sYa on 25 May 2011 at 18:54 said...

wa paah.. tu lg dahsyat.. smp 3 jam huhu

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa