Apa tu buncit? Buncit maksudnya perut yang kembung.. Ukuran normal perut untuk lelaki mestilah tidak lebih 90cm, manakala wanita pula mestilah tidak lebih 80cm.. Alhamdulillah aL masih di tahap yang selamat hehehe..
aL tertanya2 kenapa kita buncit.. Dah macam2 mitos dengar,contohnya:
==> Jangan mandi sejurus lepas makan, nanti buncit
==> Jangan terus baring lepas makan, nanti buncit
==> Jangan minum banyak2 sangat, nanti buncit
==> Jangan duduk lama sangat, nanti buncit. (ok yang ni aL reka haha)
Kalau ikutkan, yang dalam list atas ni macam semuanya tak boleh pakai.. Siapa2 yang tahu kesahihannya, sila komen ya? hehehe
Mengikut logik saintifik, buncit terjadi disebabkan.. jeng jeng jeng!!
Faktor Gaya Hidup
Haaa.. Budaya makan yang tak betul tergolong dalam faktor ni la.. Tak perlu cerita lebih kot, korang dah faham cemane..
Faktor Usia
Pertambahan usia seiring dengan pengurangan aktiviti.. Sebab tu la, orang kata jangan sebab dah berusia tapi tak aktifkan diri untuk bersenam.. Alaa,naik turun tangga banyak kali pun dah ok =) Ada lagi satu fakta mengejutkan, buncit pada umur pertengahan boleh meningkatkan risiko alzheimer.. Hayoo..
Faktor Genetik
Ada dikatakan perut buncit ni disebabkan genetik. Contohnya kalau ada kakak2 abang2, parents, makcik pakcik atau datuk nenek buncit, kita juga berisiko buncit.. Betoi ke?
Faktor Alkohol
Pernah tak dengar orang sebut 'Perut Bir/Beer Belly'? Ungkapan tu bukanlah mitos.. Memang betul mengambil terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan badan kurang berkesan dalam membakar lemak.. Semakin lama mengambil alkohol, semakin bertimbunlah lemak dalam tubuh badan kita.. Ada faedahnya kan Islam haramkan minum alkohol?
Faktor Hormon
Ketinggian tahap stres seperti tidak cukup tidur, boleh menyebabkan lemak perut bertambah.. Keadaan ni terjadi ekoran peningkatan produk hormon kortisol dalam otak, dan ni lah yang meningkatkan pengumpulan lemak perut..
Faktor Kewujudan Lemak Perut
Dipetik daripada kajian Lawson Health Research Institute, hormone yang merangsang selera makan dan pengawal ratio tenaga yang disimpan dalam bentuk lemak, Neuropeptide-Y (NPY) juga dihasilkan oleh lemak perut. NPY. Rumit ceritanya,tapi korang boleh google kot pasal ni. Apa2 pun yang penting kat sini, orang yang obese cenderung untuk makan lebih banyak disebabkan hormone NPY ni la.. NPY ni jugak lah yang menambah lagi pengumpulan lemak perut dengan menghasilkan sel-sel lemak..
So macam mana cerita ni? Buncit ni bahaya lah kan.. At least kita semua dah tahu apa faktor2 yang boleh menyebabkan buncit.. Jom la kita kempiskan perut sekarang!!
1 week ago
4 budak suka tunjuk gigi:
jgn makan banyak2...
hahaha.. kdg2 org mkn sikit pn jd buncit.. knp ea?
kene beli krim panas perut nie...
hahahaha!
aL dulu pun pernah gune krim panas utk perut.. ^^
Post a Comment