Semua orang pentingkan penampilan diri kan? Tak kisahlah lelaki ataupun perempuan.. Kali ni aL terdetik nak share pasal penjagaan mata.. Macam yang kita tau, mata lah aset di muka kita yang paling penting, sebabnya bila kita pandang seseorang, kita akan terpandang matanya dulu.. Betoi dak? hehehe
Tips Pertama : Jangan Menatap Skrin Komputer Terlalu Lama
Tak semestinya terjadi kepada orang yang kerap siapkan kerja menggunakan komputer, tapi terjadi jugak kepada yang kaki Internet, dan jugak kaki main game di komputer.. Oops, aL mengata diri sendiri haha. Memang betul, bila kita terlalu lama menatap skrin komputer, mata kita akan cepat letih, putih mata akan bertukar kekuningan dan kemerahan, nampak lesu sangat mata.. Mata kita pun akan bertambah sembab. Macam panda. Korang tak suka kan?
Tips Kedua : Tanggalkan Solekan Mata Dengan Remover Yang Sesuai
Ada di antara wanita yang malas untuk menanggalkan solekan, sebabnya menganggap proses untuk menanggalkan solekan tu leceh. Tak boleh macam tu.. Tapi perlu diingat, makeup remover yang digunakan mestilah sesuai dengan kulit, kang tak pasal2 kulit jadi makin tak cantik. Korang tak suka kan?
Tips Ketiga : Tak Perlu Gosok Mata Dengan Kasar
Kesian mata, dah la kawasan mata tu sensitif, kita pulak genyeh2 dia sepuas hati.. Jangan tau! Kalau rasa gatal, memadailah dengan hanya menggosok dengan perlahan. Bak kata orang, belai2 je.. hehehe. Kalau dah sampai kes tahap gatal gila garu tak hilang2 jugak, mungkin korang ada simptom alahan ataupun resdung. Korang gi periksa ok?
Tips Keempat : Rehatkan Mata Dengan Timun/Uncang Teh
Mungkin ada yang belum tau yang timun dan uncang teh boleh digunakan untuk menyegarkan mata. Haa, aL cakap benda betoi niiiii.. aL sendiri pernah cuba, memang segar.. Senang je, timun tu potong bulat2 je, buat dua keping pun cukup.. Kalau nak guna uncang teh, guna la lepas korang dah guna uncang tu, rugi kan kalau guna yang baru lagi.. So masa dia tengah basah2 lagi tu, biarkan atas mata.. Untuk timun dan uncang teh, biarkan atas mata selama 15 minit.. Tak payah risau kalau korang tertidur, tak ada kesan buruk pun kalau terlebih masa hohoho. Nak lagi besh, sejukkan timun dan uncang dengan air sejuk.. JANGAN BEKUKAN pulak, nanti kebas mata huhu
Tips Kelima : Gunakan Krim Mata Yang Sesuai Sebelum Tidur
Lepas dah cuci muka dengan penanggal solekan, jangan lupa untuk oleskan sikit krim mata sebelum tidur, bagi mengelakkan lingkaran hitam, garis halus dan mata yang tak bermaya. Tapi ni hanyalah galakan.. Tak buat pun takpe.. Kalau nak mata cantik, amalkanlah hehe
Tips Keenam : Tidur Yang Mencukupi
Ni penting sangat untuk kita dapatkan mata yang cantik.. Tidur yang tak cukup ataupun tahan mata ngantuk, boleh menjadikan mata kita sembab. Ya, macam panda.. Kes ni macam ni biasa jadi kat student yang kuat study/masa musim exam ataupun mereka yang mempunyai banyak kerja untuk disiapkan. Walau sesibuk mana pun kita, tidur yang cukup sangatlah penting, bukan sahaja untuk mata, tapi keseluruhan badan..Oleh itu, pastikan tidur kita cukup!
Tips Ketujuh : Oleskan Sedikit Penggaris Mata
Ya, eyeliner mampu membuatkan mata kita lebih berseri. Tak perlu eye shadow atau maskara, eyeliner pun dah cukup. Ooops, jangan tebal2 ya? Sebelum bergerak ke kelas atau tempat kerja, tak salah untuk luangkan sikit masa untuk gunakan eyeliner.. Kejap je kan? hehehe
Ni sajalah yang dapat aL kongsikan.. Jagalah mata kita, kelak wajah pun berseri. Ecehh, macam tagline produk pulakk.. haha. Ni video yang besh jumpa kat youtube, simple je. natural, tak pakai kaler terang..
0 budak suka tunjuk gigi:
Post a Comment