Thursday, 30 June 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2011 di UiTM Shah Alam

Doodled by aL sYa at Thursday, June 30, 2011
aL baru tamat kursus sebagai mentor untuk seminar ni.. Seminar apa ni???

Ni sebahagian FAQ tentang seminar tu:

1. Apakah SMGM?

SMGM adalah singkatan bagi program Seminar Memperkasakan Generasi Muda. Ia adalah satu program kesukarelawanan anjuran Pusat Sumber Pekan (PRC) dan Pusat Siber Komuniti Sembrong (PSKS) untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dari Parlimen Pekan dan Sembrong yang akan mengambil peperiksaan SPM pada akhir tahun.



2. Apakah objektif SMGM?

Objektif utama SMGM diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. Selain daripada itu juga, pelajar-pelajar yang hadir ke UiTM akan dapat merasa pengalaman melawat dan tinggal di IPTA. Sebagai pelajar yang bakal menamatkan pelajar, SMGM dapat memberikan nasihat berkenaan pilihan IPTA dan kerjaya pelajar. Paling utama, SMGM diadakan untuk membina perhubungan antara pelajar IPTA dengan pelajar sekolah, iaitu melalui program Mentor-Mentee dan pelajar-pelajar mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi negara.



3. Siapakah yang terlibat di dalam program ini?

500 pelajar sekolah menengah dari daerah Pekan negeri Pahang Darul Makmur dan 500 orang pelajar sekolah menengah daerah Sembrong dari negeri Johor Darul Takzim serta 80 orang guru pengiring.



4. Apakah peranan pelajar UiTM sebagai peserta SMGM?


Pelajar UiTM akan bertindak sebagai mentor kepada setiap pelajar dari daerah Pekan dan Sembrong. Sebagai mentor, setiap pelajar UiTM akan mengadik-angkatkan sekurang-kurangnya 5 orang pelajar dari daerah Pekan dan Sembrong, dan memberi mereka nasihat berkenaan pelajaran, suasana kehidupan di universiti, bidang kerjaya dan sebagainya.



5. Bagaimanakah program ini memberi manfaat kepada pelajar UiTM sebagai peserta SMGM?

Program ini diharapkan dapat menerapkan konsep 1 Malaysia di mana pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum dan bangsa. Program SMGM ini juga murni dalam mewujudkan silaturahim yang erat dan berpanjangan di antara adik dan abang/kakak angkat.

Peserta berpeluang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, YBhg Dato’ Sri Mohd Najib bin Razak serta YBhg Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein di dalam majlis penutup program ini. Mentor UiTM juga akan turut memperolehi sijil yang akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia dan sehelai baju program SMGM.

Pelajar UiTM akan diberikan kefahaman mengenai cara-cara membuat resume sebenar dan berpeluang untuk merasai pengalaman ditemuduga sewaktu program berlangsung pada hari kedua SMGM (2 Julai 2011) bagi sesi 2 iaitu Klinik Resume/Temuduga/Latihan Industri (Internship). Tambahan lagi, melalui sesi ini, pelajar UiTM yang terpilih akan ditawarkan latihan industri di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam Klinik Resume/Temuduga/Latihan Industri.

Malam ni kena wat persediaan akhir sebelum bertemu dengan 5 orang bakal mentee a.k.a adik2 angkat aL yang bergabung daripada daerah Pekan,Pahang dan Sembrong,Johor.. Banyak jugak nak kena prepare.. Nak kena fikir aktiviti2 apa yang kitorang boleh wat sama2.. Kena ready jugak jawapan untuk soalan2 yang korang bakal tanya.. Malu kalau aL tak boleh jawab soalan haha..

Apa2 pun, kalau ada adik2 Kak aL yang baca ni, selamat berkenalan.. Kalau ada apa2 masalah, hello2 la kak aL.. hehehe

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa