Saturday 9 July 2011

Intersesi Punya Pasal..

Doodled by aL sYa at Saturday, July 09, 2011
aL tak nak cerita lagi pasal Ambiga.. Nak cerita dulu yang ni.. Pukul 10 pagi 8 Julai 2011 aL tunggu komuter kat stesen Bangi, aL nak pergi UiTM untuk uruskan penginapan kolej semasa intersesi.. aL terlepas tren kot.. Terpaksa tunggu yang pukul 10.32 pagi punya.. Ok tak kisah la yang tu..

Dah sampai pukul 12.20 tengah hari kat stesen Shah Alam, bas T529 lembab betol.. Tunggu punya tunggu, teringin pulak tengok makcik tu jual keropok lekor.. aL pergi la beli..


Lembab bebenor basnye.. Bila dah naik bas, ada jantan mereng yang tegur aL.. Mula2 dengar orang panggil "Nak gi mana kak?". Ingatkan dia tegur sape.. aL pun wat la tak layan.. Sebab dengar suara macam indon.. Pastu dengar lagi dia tanya, tak sengaja aL terpandang dia, rupanya memang dia tengah tanya aL.. Sumpah rasa tak selamat sorang2 masa tu sebab tak ada aL punya 'abang'..

Dia tanya punya tanya daripada aL nak pergi UiTM ke, macam mana pergi UiTM, bla bla bla, memang aL jawab bodo2 je soalan dia, tah bahasa corok pedalaman Kelate mana la dia guna.. Sampai la satu tahap yang kronik, bila dia start tanya biasa pergi KL dengan kawan2 tak, pernah pergi disko tak. aL punya la terkejut, cakap kuat2, "DISKO????" Lepas tu dia tuka lak jadi Pub.. Lagi la mengucap panjang aL dalam hati.. Dia siap cakap lagi, "try la pergi, nari2, SEDAP." Cilakak punya jantan. Terus aL duk jauh daripada dia.

ok ni la mamat tu. betul ni. haha.


Ok tamat cerita jantan tu. Bila dah kat Kolej Delima, solat Zuhur, lepas tu terus bertolak bila pukul 3.. Leceh gila nak selesaikan urusan kolej ni.. Mula2 berjalan pergi Menara S&T, naik ke pejabat Fakulti Pergigian kat tingkat 19. Settle yang tu, tunggu bas, turun kat Bus Stop Perindu, berjalan pergi Bangunan Budi Siswa. Jauh beb. Nasib baik jalan mendatar, daripada ikut bukit2 kat depan Bus Stop Seroja.. huhu.

Pastu balik pulak kolej Delima (Ya, berjalan lagi) untuk bagi resit bayaran kat kolej.. Budak2 UiTM Shah Alam je yang tau cemana penatnya jalan2 kat situ.. Hadoy..

Penat tak terkira.. Lepas Asar kat Delima, lepak2 jap, hajat di hati nak bertolak lambat sebab tak nak berebut balik dengan orang2 bekerja.. Tapi ada kes lain yang terjadi.. Bersambung...

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa