Thursday 11 August 2011

Kulit Cantik dengan Mask Telur

Doodled by aL sYa at Thursday, August 11, 2011
Mesti ramai yang tak sedar yang sebenarnya telur yang kita selalu makan tu boleh wat facial mask.. Yes,aL tak tipu~

Senang sangat, tak perlu beli mask di kedai.. Tak perlu jugak tertanya-tanya mask produk apa yang sesuai.. Korang cuma perlukan sebiji telur je untuk seminggu.. Hasilnya pun memberangsangkan.. Cewah.. hehe.


Kelebihan mask telur:
- Menegangkan kulit muka
- Menyingkirkan lebihan minyak di muka
- Mengecilkan liang di muka
- Mengatasi masalah kulit (spt jerawat, blackheads)
- Membaiki tekstur kulit muka
- Menyerikan muka =)
- Menjimatkan wang =D

Menarik? So, cemane nak wat mask telur ni?
Bahan2 yang diperlukan: (macam nak masak pulak hehe)

- 1 biji telur
- 2 mangkuk (materialnya tak kisah, asalkan namanya mangkuk dan bukan mangkuk jamban)
- tisu (optional.. ni untuk singkirkan whitehead/blackhead)
- cermin (haruslah kan? nanti tak nampak pulak hehe)
- hairband/cekak rambut (supaya rambut tak mengganggu.. lagipun sakit kalau rambut kena telur huhu)
- air (duduk berhampiran dengan sinki pun dah memadai)
- semangkuk air panas (untuk wapkan muka - lebih mujarab kalau buat, tak buat pun takpe)


Langkah2nya:

- Pecahkan telur dan asingkan putih telur dengan kuning telur ke dalam 2 mangkuk berbeza.. Tak tau cemane? Jom tengok video ni.. Klik SINI
- Kalau nak buat mask untuk buang whitehead, koyak2kan tisu supaya sesuai dengan bentuk muka. Abaikan step ni kalau tujuan mask bukan untuk buang whitehead.
- Pukul/hentam2 putih telur sehingga gebu macam nak goreng telur dadar..
- Wapkan muka dengan semangkuk air panas..
- Sapukan putih telur ke atas muka dengan sapuan upward circular. Guna jari pun boleh, lebih mudah..
- Untuk tujuan buang whitehead, letakkan tisu atas muka lepas sapuan telur tadi, dan sapukan lagi telur atas tisu tu..
- Bolehlah berehat 15-20 minit.. Boleh basuh muka lepas yakin telur dah betul2 kering kat muka..

- Kuning telur tu kalau tak nak digoreng, gunalah kat muka jugak lepas dah guna putih telur.. Fungsinya: pelembab muka.
- Lepas dah basuh muka daripada putih telur tadi, sapukan pula kuning telur yang telah dibelasah/dipukul pada muka..
- Biarkannya kering.. Lebih kurang 15-20 minit jugak.. Lepas tu, basuh muka dengan air sejuk..
AWAS!
- Amalkan sekali seminggu sahaja.. Dikhuatiri kulit muka menjadi terlalu kering kalau buat kerap sangat.
- Elakkan telur mentah tu memasuki mata, hidung, atau mulut. Sebabnya, telur mentah boleh carry bakteria Salmonella.
- Muka jadi ketat bila sapu telur, so jangan bercakap/gelak2, nanti tak berkesan..
- Tahan la dengan baunya yang hanyir tu ye? hehe

SELAMAT MENCUBA! ^^

8 budak suka tunjuk gigi:

atikah apni on 11 August 2011 at 20:26 said...

nk try la~ ^^,
tenkz share tips nie..hee

Nadia Syakila on 11 August 2011 at 21:26 said...

mase sekolah dl sll buat.. huhu.. skrg tak lg da..waaa.. kne buat nii..

Nadia Syakila on 11 August 2011 at 21:29 said...

dulu sll buat..mase sekolah.. skrg ni x lg.. waaa.. kn buat lg ni..

aL sYa on 12 August 2011 at 14:24 said...

Atikah;
besh wo.. kulit muka jd lembut lps buat hehe.. tp klu ade reaksi yg negatif lps guna,better stop ok? =)

Si Pengembara;
wat la lg.. x rugi kan3? hehe

aL sYa on 18 August 2011 at 02:16 said...

hehe. klu duk uma sng nk cr telur..
yg lecehnye bl duk kt hostel/kolej kn.. hehe

xley mls2 klu nk cantek =p

Qasieh Fatin on 29 August 2011 at 01:59 said...

pernah wat cmni, memang best! terbaikkk... segala jahat yg ada kt kulit muka follow up kt telur tu..haha..

Anonymous said...

Kalo utk jeragat, mask tlur ni brkesan x?

aL sYa on 30 March 2013 at 20:56 said...

jeragat rasanya x dpt kot dibantu dgn telur...

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa