Salam 12 Ramadhan rakan2 semua! =)
aL perlu bersenam!!!
Tadi aL ukur pinggang, punggung, peha.. Memang terkezut sangat2 la sebab ukurannya agak melampau bagi aL.. Walaupun naik 1 inci je bagi setiap anggota tu, tapi dia agak melampau bila aL bandingkan dengan ukuran aL masa still bersekolah.. Memang aL sedar pun aL makin berisi sejak sem 2, tapi sebab ni baru ukur, tu yang terkejut sangat2..
aL ingat lagi masa Form 2, masa tu belum kena gastrik, so best je la nak diet pun kan.. Bulan puasa masa tu, aL ikut saranan mama aL untuk diet dengan makan sup je.. Cara diet tu pun sebenarnya daripada doktor jugak.. Dalam masa sebulan tu, aL bukan setakat berjaya turunkan 4kg, tapi ukur lilit pinggang, punggung, peha semuanya turun lebih kurang 2 inci.. Puas hati sangat.. Nak tau macam mana?
Waktu sahur aL makan nasi macam biasa.. Nasi penting untuk bagi tenaga sepanjang berpuasa tau.. Kuantiti nasi tu aL makan 2 senduk je.. Tapi jaga-jaga, jangan 1 senduk tu menyamai 2 senduk pulak, membukit dalam senduk huhu. Bila sampai masa berbuka, aL akan makan sup yang aL masak sendiri, mama jugak ajar.. Macam mana?
Korang perlukan bahan2 ni:- Periuk
- Air
- Sosej (Potong kecik2)
- Brokoli
- Lada hitam
Kalau tak suka sosej, boleh tukar (rasanya) kepada bebola ikan dsb.. Kalau tak suka brokoli, bolehlah tukar kepada sayur yang korang minat sesangat.. Lada hitam tu just untuk perasa je.. hehe
Cara2nya:
- Rebus sosej sehingga air mendidih. Lepas yakin masak, tutup api.
- Lepas tu masukkan brokoli, lada hitam secukup rasa.
- Kalau rasa air tu berlebihan untuk buat sup, buang sikit. (Lebih baik wat anggaran kuantiti air yang tepat sebelum rebus tu)
- Cepat2 tutup periuk tu dengan penutupnya supaya brokoli tu masak(layu) dalam air rebusan yang masih panas tu.
Nah! Lepas tu hidang la.. Simple je kan?
Macam mana rasa dia? Macam sup la.. Cuma tak ada minyak.. Sup sihat la katakan hehehe.
Bagi aL masa tu, sup tu sedap sebab sosej tu bahan penyedap.. Lada hitam pun tak kurang juga sedapnya.. hohoho. Selalu je aL hirup habis kuah sup tu biarpun cuma lada hitam sebagai perasa, sedap je, dah nama pun orang berpuasa kan, makan apa pun sedap hahahaha!
Selamat mencuba ye! ^^
5 budak suka tunjuk gigi:
sedapnya...nak try untuk berbuka nnt..thanks for sharing
untungla dapat masak..haha
purpleyellow;
sedap tu mestilah kan hehe. slmt mencuba ^^
che deen;
ye sgt untung~ haha
kebetulan memang suka sup. tapi tak kurus pun. haha.
haha.. tp insyaAllah dengan sup ni, and kne aktif2 skit bergerak(bkn eksesais) boleh turunkan berat.. try2 =)
Post a Comment