Saturday, 13 August 2011

Nilai Tudung Sama Dengan Topi Graduation?

Doodled by aL sYa at Saturday, August 13, 2011
Salam 13 Ramadhan rakan2 yang comel2 kiut miut semuanya..
aL ada tengok rancangan Ayu & Tampan kat NTV7.. Bukan dengan channel tu, bukan jugak dengan rancangan tu yang aL kecewa sangat2.. Tapi dengan peserta terpilih dalam rancangan tu.. 

Kenapa?

Al kisahnya 'kakak' tu berjaya turunkan berat daripada 74kg kepada 47kg.. Gambar2 lama dia menjadi bukti dia memang 'berisi', plus, memakai tudung dan elok je berbaju longgar.. Pakaiannya insyaAllah mengikut kehendak syariat la kan.. Tapi lain jadinya bila dia dah kurus.. Ada satu photoshoot.. Gambar dia bukan sahaja tak pakai tudung, tapi pakai rambut palsu pulak.. Pakaian pun dah sendat.. Al maklum la, nak tunjuk body dah solid kan..

 Gambar hiasan

Mana hilangnya tudung tu?

Sebab itu lah aL cuba kaitkan tudung dengan topi graduasi.. Bila dah berjaya, kita dengan bangganya campak topi graduasi tu kan? (Double meaning di sini) Lebih kurang sama dengan mereka yang memandang remeh dengan pemakaian tudung ni.. Suka2 aje dicampaknya tudung tu..

Kes yang sama berlaku kepada budak2 perempuan yang baru habis sekolah.. Mungkin segelintir, mungkin jugak banyak bilangannya.. Sepanjang bersekolah pakai tudung.. Tapi bila dah 'grad', tudung tu hilang tah kemana.. Mungkin tudung tu dijadikan pengganti 'topi graduasi', untuk dicampak.

Bukan niat aL untuk mengata pada bulan Ramadhan ni.. Tapi aL melahirkan rasa kecewa aL dengan kaum hawa.. aL jugak rasa takut,risau.. Sememangnya kaum hawa cenderung mengikut nafsu.. Jika tak dikawal, binasalah jawapannya..

Renung2kan..

aL mengaku, aL bukanlah sebaik mana.. aL bukanlah sesempurna mana.. aL masih ada cacat celanya.. aL juga masih dalm proses membaiki diri sendiri.. Teguran aL ni ikhlas, bukan saja untuk saudara se-Islam, tapi juga sebagai peringatan kepada diri aL sendiri..

Ingat, jangan main2 dengan tudung.. Kalau dah start pakai, istiqamahlah..


  "Ya Allah, kami kaum muslimat cenderung mengikut kata nafsu.. Kau lindungilah kami.. Peliharalah akhlak kami, Ya Rabb.. Amin Ya Rabbal Alamin.."


Selamat beramal! ^^








1 budak suka tunjuk gigi:

Razil Tahir on 17 August 2011 at 15:46 said...

al.. I tagged you here...

http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/08/segmen-cxs-geng-uitm-by-campus.html

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa