Saturday, 18 February 2012

Duit Biasiswa Tak Pernah Cukup?

Doodled by aL sYa at Saturday, February 18, 2012
Assalamualaikum.. =)

Ni entri aL yang kedua untuk hari ni.. aL duk termenung panjang bila pikir pasal duit biasiswa aL yang makin kurang tahap kronik.. Menyesal sangat, aL kurang kawal pengurusan kewangan sejak semester 3 ari tu.. Sebelum ni aL rajin kira bajet, letak limit sehari nak belanja berapa banyak, berapa banyak limit shopping untuk sebulan..

Sebelum ni elok je masa semester 1 &2, alhamdulillah baki banyak untuk aL simpan dalam akaun ASB masa tu. Semester 3 tu, serius aL cakap, aL memang tak kawal, bila bab makan, memang ikot sedap je beli, tak ikut bajet.. Shopping pun.. Haihh.. Semester 3 ialah semester yang alya kerap beli kasut dan seangkatan, baju2, lagi2 pulak ada sewa baju sekali untuk annual dinner.. Memang melayang duit huhu






aL nak wat konklusi daripada kisah 'tragik' aL ni..

1. Dapat je duit dalam akaun, terus la potong 1/4 daripada jumlah keseluruhan biasiswa tu, dan pindahkan ke akaun ASB atau mana2 bank lain dengan tujuan menabung.

2. Tetapkan bajet bulanan untuk satu semester. RM15 sehari jumlah kasar untuk perbelanjaan makan. Hujung minggu lebihkan bajet kos makan, manalah tau teringin nak makan sedap2 kat kedai yang ada tax hehe. Letak bajet RM100-200 mengikut kesesuaian jumlah wang yang ada untuk kos stok2 makanan, barang keperluan, paling penting, untuk barang kemahuan (shopping la tu haha)

3. Simpan resit mesin ATM dari masa ke masa, supaya lebih senang nak kira bajet.. dan senang nak kira bila kita perlu ikat perut/puasa hehe

4. Tetapkan dalam hati untuk sentiasa disiplin dalam berbelanja =)

5. Sentiasa ingat yang duit kita banyak, sebab tu kita kena kawal supaya tak boros, tapi ingat, bila duit hampir habis bagi korang, jangan penah kata 'DUIT DAH TAKDE', itu boleh jadi satu doa, lama2 boleh habis cepat duit tu..  Tukar ayat tu, "duit dah kurang, aku kena kawal =) "






Jangan pernah cakap duit pinjaman atau biasiswa kita tak pernah cukup, especially untuk pelajar IPTA. Sebenarnya kita yang wat duit tu tak cukup, sebab belanja yang bukan2, kecuali yang menyewa rumah.. betul tak? Jom, ubah corak berbelanja kita!

10 budak suka tunjuk gigi:

Tyratyra on 18 February 2012 at 22:24 said...

Hahaha biasiswa saye tak pernah cukup okay. Haihh.

Boleh tak share sikit, macam mana student nak buat ASB ? rate simpanan sama macam orang dah kerja ke ya ?
boleh tak cite dengan detail. Thanks awak !

::Misz sunsWeetz:: on 18 February 2012 at 22:33 said...

haah cuba share sal ASB tuu...nak tau gak^^

aL sYa on 18 February 2012 at 22:34 said...

haha. hye tyra

bila umur dah 18 tahun, senang je nak berurusan.

boleh bukak akaun ASB kat agen, contohnya Maybank. Pegi kaunter dan cakap nak wat bukak akaun ASB, nanti dia bagi borang.

Klu x silap, xde beza rate student dgn org keje..

aL sYa on 18 February 2012 at 22:45 said...

Misz sunsWeetz,

hye =)

boleh ke maybank utk amek borang daftar bukak akaun.. Duit kita akan beranak pinak dalam tu..

ASB punya rate 1 unit=RM1. Tak ingat minimumnye berapa.. RM10 kot..

Setiap hujung tahun sekali dia akan kira 9% daripada total duit simpanan kita..

tapi ada method khas utk dia kira, simpan di awl thn lbh byk mendatangkan hasil.. =)

Razil Tahir on 18 February 2012 at 22:55 said...

Kalau boleh, melaburlah...
Nanti duit akan bertambah as passive income...
:)

aL sYa on 18 February 2012 at 23:05 said...

true razil =)

dpt la jugak skit kn, drpd x dpt ape2 bl boros hehe

syira syah on 19 February 2012 at 00:26 said...

separuh duit biasiswa saya mmg simpan kat asb.

pastu nnti duit bertambah. hukhuk

aL sYa on 19 February 2012 at 00:39 said...

bgs syira! =)

Tyratyra on 19 February 2012 at 00:43 said...

Ok then kiranya kite simpan duit macam biasa la ? Contoh, bulan ni dapat duit biasiswa, lepas tu just bank in dalam acc ASB. cmtu ke ?

coklatberapi on 19 February 2012 at 11:28 said...

yea sy juga simpan dlm ASB..simpan utk hari tua..;)

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa