Lama sangat aL tak blogging.. Bukan sebab sibuk aje, tapi ketandusan idea untuk menulis hehehe. Buat makluman, aL baru masuk 21 tahun sejak 10 Februari 2012 baru2 ni.. Makin tua ye? Salah tu, makin cantik kot? HAHAHAHA (perasan pulak kan?) Sekarang ni baru seminggu je memulakan semester 4, cepat je dah masuk sem 4.. ish ish ish..
Ok la, berbalik kepada tajuk.. aL nak bincangkan apa masalah yang ada dengan tudung trend sekarang ni.. Kita semua pernah dengar, "Alaa, janji pakai tudung, ikot la gaya apa2 pun aku nak pakai". Think again. Kita mestilah merujuk kepada ajaran sebenar Islam..
1. Tudung singkat
Harap2 la kakak2, adik2, makcik2 semua pakai tudung yang labuh; labuh menutup dada dan labuh juga di belakang bagi menutup leher baju dan garisan baju dalam. Malu tak bila nampak garisan baju dalam??? Kalau tak, sila la malu2kan diri huhu. Biasanya tudung singkat ni terjadi bila pakai tudung sarung/segera tu..
2. Tudung jarang
Gaya dah betul tapi material kain tudung pulak salah, nampak leher, nampak rambut, nampak telinga. Salah tu.. huhu. Seeloknya pakailah inner tudung yang cover leher kalau takde tudung lain dah. Bila membeli tudung, check jugak 'kejarangan' tudung tersebut.
3. Shawl - dah ok; tak jarang, besar, tapi bila digayakan tetap jadi singkat
Kenapa camtu? huhu. Ni lah kes paling utama kebelakangan ni Memang betul sekarang banyak gaya cantik2, kawaii gitu kan.. Shawl tu asalnya tebal, lebar, tapi bila dah dililit2, jadi singkat; singkat kat depan dan belakang.. Yang belakang tu, terselak sikit je dah boleh nampak leher, kalau tak berdaki takpe la jugak. Yang depan, fuuhh sekali pandang memang la jadi rezeki kaum adam, tapi lebih dari sekali pandang ataupun pandangan lama kat kawasan tu dah bukan jadi rezeki ye..
Pesanan untuk kita bersama, untuk muslimah, nak cantik tu berpada2 lah, guna akal jugak.. Untuk kaum adam, kalau ada adik2, kakak2, mak2 pakai macam ni, tolong la sampaikan ilmu ni kepada mereka.. Kalau korang cuci mata, bayangkan bila ada lelaki lain pandang yang bukan2 kat saudara perempuan sendiri macam korang wat tu..
Jom la kita sama2 'memalukan diri' kepada semua yang memandang, lebih2 lagi Pencipta kita, Allah SWT..
0 budak suka tunjuk gigi:
Post a Comment