Sunday, 20 November 2011

Baka Turkish Van Rupanya..

Doodled by aL sYa at Sunday, November 20, 2011
Kesian kesian kesian..
Lepas 5 tahun lebih bela kucing aL yang bernama Lily ni, baru tau baka dia Turkish Van..
Tu pun secara tak sengaja tengok show kat channel Animal Planet petang tadi..
Sebelum ni ingatkan dia cuma kucing kampung yang ada campur kucing parsi.. Rupanya jauh sangat sangkaan haha

Cuba korang bandingkan gambar kucing yang dikatakan Turkish Van dengan kucing aL ni.. (Lily dengan anak2 dia yang gambar bawah tu ye)


  
Serupa tak??? hahaha
Tak pernah nak amik tau pasal dia.. Skang ni baru berminat sangat haha. Ni antara ciri2 Turkish Van:

1. Sangat aktif dan playful
Memang betul. Sangat suka main, lagi2 dengan tuan dia. Bagi la bola ke, kertas yang konyok2 jadi bola ke, tali ke, memang kucing ni balun je. Tapi kalau bandingkan Lily dengan anak2 dia, memang anak2 dia lagi kuat main sebab aL rajin layan anak2 dia sejak dia beranak 4 tahun dulu.. Masa kecik Lily ni macam kurang kasih sayang, kesian2.. huhu

2. Cerdik
Sangat cerdik. Tau tak korang, Lily pandai bukak pintu.. Oops, tapi pintu yang tak tutup rapat la.. Dia pandai tolak pintu supaya pintu tu bukak luas, tingkap pun dia reti bukak.. Malangnya anak2 dia sekor pun tak reti, semua mintak tolong orang bukakkan pintu. huhu. Satu lagi, Lily ni memang dengar cakap kitorang, memang dia dah faham kitorang cakap apa haha. 

3. Setia
Dia setia sangat dengan tuan dia. Lagi2 dengan orang faveret dia (Mama aL). Pergi mana pun dia ikot, lagi2 kalau kitorang gi dapur =.=' 
Dia ni sambut tuan dia kat pintu bila dengar bunyi kereta masuk porch.. Bukak2 pintu je nampak dia dah tercangak kat situ.. haha

4. Penyayang
Walaupun baka jenis ni tak suka orang dukung & gomol2 dia, tapi serius kucing ni penyayang. Penyayang cemane? haaa.. Senang kata dia ni manja la.. Suka orang belai2, tapi tak suka orang angkat dia.. Cukup la gosok2, urut2 kepala dia.. Baka jenis ni reti wat 'headbutt/tanduk kepala' kat tuan dia.. Tu macam say 'hello' la kat tuan dia yang tersayang.. hehe. Selalu je Lily tanduk kepala kat kaki aL kalau ada kaki aL yang terjuntai daripada atas kerusi haha. Ada je cara lain dia nak tunjuk dia sayang kat tuan dia.. Contohnya picit2 tuan dia masa orang tidur..

5. Swimming cats
Haaa.. sebenarnya baka ni reti berenang.. Maybe sebab tak ajar Lily sejak kecik, so dia ni takut air and of course la tak reti berenang haha.

Kalau nak baca lagi pasal baka ni, boleh tengok kat sumber yang aL tengok untuk wat post ni..

Kalau nak lebih kenal Lily, boleh lompat ke link ni heee~  http://alyaasyazana.blogspot.com/2011/08/edisi-terhad-kucing-mengurut.html

8 budak suka tunjuk gigi:

Azzah on 20 November 2011 at 22:25 said...

wah,comeynya..semua warna sama..:)

aL sYa on 20 November 2011 at 22:29 said...

azzah,
yup.. mmg boleh dikatakan anak2 die dah berapa byk generasi kaler camtu je haha

man on 12 December 2011 at 21:11 said...

baka yg baik...

Pakaian Muslim Formal on 12 December 2011 at 22:53 said...

salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

Super_ohseM on 27 December 2011 at 03:35 said...

comel sangad kucing awokk =D

aL sYa on 3 January 2012 at 21:04 said...

hehehe.. thanks! =)

AdaNaz87 on 12 March 2012 at 09:06 said...

comelnya kucing al! ni yang nak bela kucing jugak ni. :P

aL sYa on 24 March 2012 at 21:52 said...

hahaha~ sgt comel~
bela la jgk, jage elok2 ye :P

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa