Wednesday 14 January 2009

Lampau

Doodled by aL sYa at Wednesday, January 14, 2009
Dia menguis-nguis pasir pantai nan halus,cuba menutup dedebu kotor di sebalik dedebu putih berkilauan.Ahh,tak guna!Masih lagi ada celanya pada pada pasir itu walaupun lebih seribu kali dia mencuba.Pakaiannya juga sudah dinodai kotoran.Begitu jualah dalam hidupnya.Kekhilafan dirinya pada masa lampau masih menghantui dan membelenggu dirinya.

Dia menoleh ke belakang.Begitu ramai orang di situ.Kelihatan mereka begitu asyik memfokuskan mata ke arah layar putih di hadapan.Dia menjadi tertarik.Dia bergerak,melangkah untuk merapati mereka.Nah,layar itu menayangkan dirinya.Tidak,bukan dia sahaja.Dia sedang berdua-duaan bersama seorang lelaki!Lelaki itu pegang tangannya dan masing-masing tersenyum.Bodoh!Mengapa dibiarkan lelaki itu menyentuh dirinya?Sedangkan dia tahu dirinya hanya layak untuk seorang insan bergelar suami.

Mereka bersorak lantang apabila lelaki itu menarik dirinya ke dalam sebuah bilik,kecil dan gelap..Malu!Malu kerana aibnya dipertontonkan.Jantungnya seakan-akan mahu tercabut dari akarnya.Peparunya makin mengecut.Sesak nafas.Terpaku seketika apabila terdengar gema suara yang menerpa.Garau dan menakutkan.
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kemudian,maka janganlah ia berkhalwat dengan seorang perempuan dengan tiada disertai muhrimnya,maka yang ketiganya ialah syaitan"(Hadith)
Terketar-ketar tubuhnya.

Dia lekas berlari ke hadapan mereka,mengoyak-ngoyakkan layar putih yang dirasakannya hitam.Dia menjahanamkan segala mesin yang ada namun,mereka tertawa melihatnya.Malah,tawa itu makin menjadi-jadi sambil menuding jari padanya.Perlahan-lahan mutiara jernih terbentuk di tubir matanya.Air matanya gugur.Sesal dan kesal dengan dirinya.Dia berlari lagi,membenamkan dirinya ke dalam air masin itu.Tiada lagi tawa sindiran kedengaran.Puas hatinya.

Dia terjaga.Cahaya terik mencucuk-cucuk matanya.Dia meraba-raba tubuhnya.Karat pada pakaiannya sudah semakin hilang.Dia mahu pakaiannya kembali suci.Dia sedar akan satu cara.Hanya ada satu cara,iaitu kembali sujud kepada Allah SWT...

*****TAMAT*****

Aku terfikir utk wat cerita ne sbb aku perhati ramai di antara kita yang dh terlanjur ikot pengaruh Barat..n dh rmi antare kita yg dh lupe Pencipta kita Yang Esa..kalo kita perhati btol2,ramai yg masih x sedar diri..ramai yang terlalu cintakan dunia..paling jelas skrg ne yg kapel2 ne..klu kapel tu bertujuan utk kawen xpe la gk(utk org dewasa)..ni x,skola lg tp dh berkapel,pulak tu berpegang2 lak antara ajnabi..ape nk jd dgn dunia skrg ne..astaghfirullahal'azim..sama2 la kita berdoa yg kita semua akan kembali tunduk kpd Allah,lebih2 lg kita memerlukan kekuatan utk melawan musuh kita nnt..kekuatan tu dpt dibentuk bl umat Islam sudah bersatu..bersatu bl umat Islam sedar akn tanggungjawabnya utk memelihara maruah agama..

Cerita ni byk mengandungi hiperbola dan perlambangan.Hrp2 sume fhm n hrp2 xde yg slh fhm...

Karya ni ialah karya asli,tetapi mendapat sumber inspirasi daripada karya2 kenalanku Shal Mad Rep(terjangkit dengan lenggok bahasanya).Thanx arep! =)

Dun forget to leave out some comments in my blog.Berilah kritikan membina atau pendapat peribadi.

Love ya,Alyaa.

0 budak suka tunjuk gigi:

 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa