wah lamanya masa untuk aku sambung part 2 neh..haha
sebelum tu, aku lupa nak bagitau yang aku dapat tinggal dalam 'dorm' yang seakan rumah panjang sepanjang kem tu,tanpa katil..bez,atap nipah dengan dinding buluh tapi lantai kayu..tidur ramai2 berderet berhimpit-himpit haha. sekali tengok dorm kitorang macam tempat perlindungan mangsa banjir haha. ada jugak yang dapat duduk kat pondok..pun sama jugak dinding buluh, tapi lantai pondok buluh jugak, atap daun bertam. tu bagi perempuan la. yang lelaki kebanyakannya duduk kat pondok yang terbuka, open gitu haha. ada jugak yang merempat kat surau (kesian). oh surau tu pun menarik, open jugak, sejuk je..
lepas night walking tu, aku start tidur dalam hampir pukul 1 lebih (masa ni aku teringat birthday bf aku tapi tak dapat nak wish sebab tak ada network coverage huhu). duk bersedih2 tu, akhirnya tertidur haha. pukul 3 lebih macam tu aku dikejutkan oleh member sebelah aku ni, dia nak pergi toilet, suruh temankan. aku yang baru terjaga tu, terus sejuk gigil. mak aih, memang kalah beb aircond. aircond semulajadi lagi sejuk daripada buatan manusia tau huhu.
DAY 2
bangun subuh macam biasa. tak mandi. haha. lepas menari poco-poco, breakfast. lepas tu kitorang mulakan aktiviti lasak.. group aku kena wat latihan tali tinggi dulu. ada 3 cabaran. yang pertama, panjat tangga naik atas, start situ kena jalan atas satu tali (ye, satu tali), jalan ala2 akrobatik gitu. tapi ada 2 tali, kiri kanan untuk kita balancekan badan masa berjalan. tak bahaya, ada tali keselamatan dah ikat kat atas tu. hehe. aku cuak jugak, aku ni gayat sebenarnya. tapi aku jalan je tengok tali, fokus gile sampai agak juling dibuatnya hoho. lama jugak la nak sampai sebab aku takut haha. 5 minit macam tu je sebenarnya. bila sampai dah satu point, panjat tangga lagi sikit, and bermulalah flying fox. serius gila aku cakap, aku memang takut. masa terjun tu aku memang paksa turun je, lepas tu menjerit la ngahahaha. flying fox tu cross sungai tau, gayat aku..dah habis tu, kena cross sungai dengan berjalan atas 1 tali. atas tu ada tali lagi untuk kita paut. aku memang seret je kaki sampai habis, memang cuak la jalan atas air sungai macam tu.
dah selesai yang tu, ada cabaran 'water confident' pulak..masalahnya, lokasi nak mula cabaran air tu lebih kurang 12km daripada tapak kem kitorang. kitorang memang melalui kampung orang asli. sebenarnya ada trak disediakan untuk bawak kitorang, tapi trak tu terlambat, and group aku pulak tak sempat naik, group yang belakang2 je sempat naik. percaya atau tak, kitorang berjalan sejauh 5-7km dah then barulah trak tu patah balik untuk ambik kitorang pulak. serius kelakar naik trak ramai2, semua kena berdiri, macam lembu2 yang akan dijual gamaknya hahahahaha~
water confident ni yang pertama sekali, belajar cara apungkan diri guna life jacket dalam sungai, and macam mana untuk biarkan kita ikut je arus sungai. ada 2 style, meniarap & terlentang. meniarap tu ala2 superman. tapi yang tu la aku paling lenguh nak control sebab nak sentiasa pastikan kaki terapung ke atas, sampai cramp peha aku, tapi ok la dapat jalan lagi. disebabkan aku baru pulih daripada cramp, aku tak join 'gimrama air dengan life jacket', tengok macam seronok je ramai2 bergerak terapung sambil nyanyi2 dengan gaya..lepas tu, ada cabaran river trekking. arus deras sangat, memang jalan kena pegang member2 group, nak anchor kaki kat tanah sungai memang susah sebab banyak batu and pasir kasar. menarik la jugak river trekking ni, susah jugak rupanya nak lawan arus sungai..selesai yang tu, kitorang pun balik dengan trak hehe
lepas rehat daripada lepas zuhur, sampai la 3-4 petang macam tu, baru la ada aktiviti bersama senior 5th year. ada 5 station, seronok2 semuanya..malam tu pulak, (tapi aku berjaya mandi jugak kat kem haha) malam kebudayaan, memang syiok habis la semua, tak pernah tak gelak tengok semua persembahan haha. and sambil tengok tu boleh makan makanan BBQ..memang syiok hehe
DAY 3
bangun pukul 5. join qiamullail..jujur aku cakap, ni baru 2 kali aku buat, tu pun sebab aktiviti kat kem huhu. tak ada apa sangat hari ni sebab dah nak balik..pukul 2 petang kitorang bertolak pulang. and happy bila dah dapat network coverage tu tak payah cakap la, memang sangat happy hehe.

0 budak suka tunjuk gigi:
Post a Comment