Monday, 30 May 2011

Hari-hari yang Bakal Ditempuhi..

Doodled by aL sYa at Monday, May 30, 2011
Sabtu, 28 Mei 2011

aL pergi kenduri kahwin anak perempuan kepada kawan sekolah Abah.. Hari tu aL tak fikir banyak/berangan pasal kahwin.. aL banyak fikir pasal Abah dengan kawan2 sekolah dia.. Seronok tengok diorang happy jumpa satu sama lain.. Ye la kan, berkawan dah lama.. daripada umur belasan tahun, sekarang dah 55+ tahun..

Mesti seronok jugak bila aL sendiri dapat merasakan pengalaman macam tu.. Masing2 akan bandingkan perut siapa lagi tinggi? Badan siapa yang lagi besar semangat? Siapa still maintain hot? Siapa dah banyak uban? Siapa dah botak? hahahaha. Lepas tu aL nampak diorang hisap rokok sesama.. Mungkin ada yang tak merokok di situ.. aL tak perhati sangat haha.. Lepas tu nampak diorang bergambar sama2.. Macam reunion.. aL cakap kat Mama aL masa tu, kan best kalau diorang ada jugak gambar ramai2 macam tu masa muda2 zaman sekolah, lepas tu letak sebelah2 dengan gambar yang baru ambik tadi.. Bandingkan.. Mesti gelak tak berhenti hahahaha



Ahad, 29 Mei 2011

aL pergi kenduri kahwin kawan kakak aL (Kakcik) pulak.. aL dengan si pengantin perempuan memang saling kenal dah.. Lebih kurang 5 tahun macam tu.. Masa duduk lepak dalam bilik pengantin sambil kakak aL menyusukan baby boy die, aL perhati la suasana bilik tu.. ada 3 kawan Kakcik yang aL kenal.. 1 yang jadi pengantin hari tu, 2 lagi tu pengantin baru la jugak, inai ada lagi hehe.. Kakcik pun masuk dalam kotak fikiran aL masa tu..

Kali ni aL pun fikir banyak, sama macam kat kenduri sehari sebelum.. aL fikir, seronok kan bila kita tengok kawan2 kita dah nikah.. Seronok tengok kawan2 kita dah ada keluarga sendiri.. Dah ada anak.. Seronok tengok kawan2 kita bahagia.. Kan? Lagi2 kawan yang kita dah kenal lama.. Tapi tak tau la kot2 ada isu perbandingan spouse siapa yang lagi hensem/cantik? hahahaha..



Isnin, 30 Mei 2011

Hari ni aL menulis, aL boleh wat ramalan tentang hari2 yang aL (dan kita semua) akan tempuhi.. InsyaAllah kalau umur panjang.. Masa umur 20-an, kita akan menghadiri kenduri kahwin kawan2.. Esok2 bila dah beranak, bercucu, dah berumur, kita akan menghadiri kenduri kahwin anak kawan2 kita pulak.. Seronok kan kitaran hidup.. Sangat manis... Sebab tu la kita kena sentiasa menghargai kehidupan kita.. Segala perkara yang kita dah kecapi, pengalaman dan harta berharga (keluarga) tak boleh kita sia2kan.. Jangan sentiasa merungut.. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. =)

Psstt..

aL teringin nak ada hidup yang macam ni; berkahwin, ada anak2 sendiri, tengok kawan2 dah kahwin, bahagia dengan suami & keluarga sampai akhir hayat.. Semoga Allah kabulkan permintaan hamba-Nya ini.. Amin..




p/s: Pergi Pusat Pakaian Hari-hari kat Giant Nilai, terkejutnya bila staf kat situ jerit ramai2 bila nampak customer masuk.. SELAMAT DATAANGG!~ aL fikir, annoying gilaa! bila nak keluar, TERIMA KASIH, DATANG LAGII!~ dah la panjang bunyi harkatnya.. tak tahan nak gelak hahaha..

2 budak suka tunjuk gigi

Friday, 27 May 2011

Lelaki & Pink : Serasi ke?

Doodled by aL sYa at Friday, May 27, 2011
kali ni aL nak bercerita pendapat aL dalam isu lelaki dan pink.. haaa setahu aL la kan, lelaki yang berani bergaya dan kononnya dikatakan mengikuti perkembangan fesyen semasa,atau nama lainnya 'Jejaka Metroseksual' memang dah lama menyesuaikan diri dengan memasukkan kaler pink dalam dunia fesyennya..

bagi aL, pink tu memang nampak sweet sangat bila dipadankan dengan gadis.. tapi macam mana pulak dengan jejaka? serasi ke? kalau kulit jejaka tu cerah, tambah pulak dengan muka yang baby face, memang nampak cute sangat la.. orang kata apa, 'Jambu'.. hehehe.. tapi tak jambu sangat la kalau jejaka tu tak ada rupa baby face.. aL cuma nampak jejaka tu sebagai 'Daring in Fashion' je hohoho. haa lagi satu persoalan, macam mana pulak kalau jejaka yang memakai pink tu tak ada kriteria kulit cerah dan baby face? jawapan aL, pakai baju lama kakak dia kot.. haha.. gurau2 aje eh.. jangan makan hati.. tak elok makan organ ekekekekek

ni contoh jejaka korea hot bila pakai pink.. jambu atau tak, itu korang la yang decide.. ehehehe


Lee Min Ho



Choi Siwon



tapi aL ada gambar lagi eksklusif daripada Pinky Lee Min Ho & Choi Siwon.. baby face ada, kulit cerah pun dia.. and lagi comel, jambu, lebih daripada Min Ho dan Siwon.. siapakah gerangannya??? jeng jeng jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

CAKKK! anak saudara aL!! hahahaha




pernah cerita pasal dia dalam blog.. tengok SINI

comel kan dia pakai pink?? haha.. Ibu Amir Mujaddid ni memang fanatik pink sebenarnya.. tengok la, buaian dia pink, bantal pink.. oh baju pink tu mama aL a.k.a Nenek Amir yang belikan.. comel gilaaa! hahahahahaha

0 budak suka tunjuk gigi

Thursday, 26 May 2011

Lain Orang Lain Hati Dia..

Doodled by aL sYa at Thursday, May 26, 2011


sepanjang 2-3 hari lepas, aL ada la love crisis.. ada kawan yang memahami, ada kawan yang tak memahami.. ni nak cerita la apa yang aL tak senang duduk sangat.

bila korang sayangkan partner korang sesangat, bukan bermaksud korang telah lupakan Allah SWT yang selalu menemani korang, tak kira la korang single ke, janda ke, duda ke.. bila seseorang yang korang sayang sesangat tu tiba2 tak menemani korang dah, mestilah korang rasa terkejut, rasa aneh sebab tak biasa, rasa macam separuh nyawa korang dah tak ada.. bila perasaan untuk korang kembali dengan partner tu membuak2, bukan bermaksud korang tersangat bergantung harap kepada partner korang tu untuk hidup.. sebabnya, korang still ada Allah untuk korang terus survive..

apa yang nak ditekankan kat sini, YA aL mengaku memang aL terlalu sayangkan dia, 2 tahun dengan dia dah buat aL selesa dengan dia, bila tiba-tiba dia tak ada, rasa janggal, bukannya aL perlukan dia untuk hidup, tapi dialah hidup aL.. aL still survive walaupun dia tak ada sebab aL percaya Allah sentiasa ada untuk aL.. aL teruskan rutin harian macam biasa.. tidur, makan, tengok TV, bla bla bla macam biasa.. sebab aL still rasa si dia dekat dengan aL lagi.. bezanya mood sudah bertukar.. terlalu sensitif; cepat marah, cepat melenting, cepat bebal.. korang boleh faham sekarang?

kepada yang tak mengenali aL dan si dia secara mendalam, tolonglah control sikit advise kamu yang makan dalam tu.. sensitif ni.. kalau tak faham kami, tak faham cerita kami, jangan komen sesuka hati ya kawan? mungkin kalau korang faham situasi kami, korang takkan cepat melatah komen yang bukan2.. mungkin salah aL jugak yang buat korang melatah dengan status2 facebook aL..

yang terjah si dia tu, don't blame only him, it's my fault too.. aL faham korang kesian kat aL, nak bela aL, sampai sanggup kritik si dia.. tapi kami bukan budak2 lagi, kami tak perlukan orang tengah, kami boleh selesaikan sendiri masalah kami.. thanks for caring, but there is no need for you to interfere in our problem.. kalau betul2 nak tolong aL, nak tolong kami, cuma dengar keluhan kami je, tenangkan hati kami.. pertolongan macam tu dah cukup daripada seorang kawan..

maaf bagi yang terasa.. sekadar teguran dari seorang sahabat..PEACE & LOVE, NO WAR!

0 budak suka tunjuk gigi

Wednesday, 25 May 2011

Gorilla Makan Daging Tak?

Doodled by aL sYa at Wednesday, May 25, 2011
aL mimpi pelik pagi tadi.. kat satu rumah yang berdekatan dengan rumah arwah nenek aL, ada satu rumah ni macam terbiar. tapi ada satu geng gorilla yang tinggal kat situ. yang menyeramkan, gorilla tu makan daging. depan mata aL sendiri, dia patahkan leher seekor beruk/monyet (yang of course la saiz lagi kecik daripada gorilla tu kan). bukan seekor je, ada la dia sambung wat macam tu kat seekor dua lagi.. seram sangat tengok darah terpancut daripada mangsa gorilla tu.

aL bagitau ayah aL, dengan abang aL (kenapa la diorang yang jadi watak dalam mimpi aL?haha) yang kitorang mesti report kat pihak berkuasa secepat mungkin. ye la kan, bahaya ada gorilla macam tu yang boleh patah2kan leher orang huhu. ayah aL cakap, "tak..rumah tu memang saja direka macam zoo.. sebab tu nampak terbiar" oh memang pelik dialog tu haha.

aL marah balik, aL cakap, saja reka macam zoo apa ni, tengok tu, langsir koyak2, rumah tunggang langgang. entah2 tuan yang bela gorilla tu pun dah mati huhu. ayah aL terdiam lepas tu terus hulur handphone dia kat abang aL. abang aL on loudspeaker. pihak berkuasa kata gorilla tu memang dah lama kat situ, sangat berbahaya and tak boleh nak buat apa dah, kitorang cuma perlu lari selamatkan diri je daripada geng gorilla tu.

macam tu penangan bahaya geng gorilla makan daging, sampai pihak berkuasa pun tak mampu buat apa2.. huhu. apa la motif aL mimpi benda macam ni..huhu

ensem tak aku?hohoho

0 budak suka tunjuk gigi

Tuesday, 24 May 2011

Bapa Lupa Kat Anak Yang Tidur Dalam Kereta

Doodled by aL sYa at Tuesday, May 24, 2011


Terkejut bila aL baca paper hari ni.. Bapa sendiri boleh lupa kat anaknya yang berusia 3 tahun duk tidur kat belakang kereta (oh bukan dalam bonet tau!).

Al-kisah, kes ni berlaku di Tumpat. Si bapa ni pergi menghadiri majlis pengebumian sepupunya, membawa sekali anaknya. Bila sampai kat kawasan perkuburan tu, si bapa terlupa langsung kat anaknya, terus mematikan enjin dan mengunci kereta. Lagi parah bila lepas SEJAM barulah si bapa teringat kat anaknya tu. Lagi2 parah, bukan dia sendiri yang nak pergi jenguk anaknya dalam kereta tu, dia mintak sepupunya yang tolong jengukkan anaknya. Ish ish ish.........

Bila sampai kat kereta tu, ada la penduduk2 kampung yang tengah mencuba nak keluarkan budak tu daripada kereta. Budak tu didapati dalam keadaan menangis dan basah kuyup. Mungkin sebab berpeluh. Allah lebih menyayangi adik tu, dia maut sesak nafas. Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jugalah kita kembali. Al-Fatihah.

aL tak tau la apa kena dengan si bapa tu. Mungkin dia kekurangan sifat kebapaan, kurang juga sikap ambil tahu tentang anaknya sendiri. Apa la nak jadi... Ish ish ish..

p/s: dah la kawasan kejadian pun kawasan perkuburan, kat situ jugak lah ajalnya tiba.. sudah takdir..

2 budak suka tunjuk gigi

aku bukan fashionista

Doodled by aL sYa at Tuesday, May 24, 2011


nak jadi fashionista kena ada bakat seni yang power.. aku tak ada bakat tu. setakat pandai match kaler tudung dengan baju je, tu pun just tau kaler sesuai daripada segi gelap cerah, aku tak reti nak match bagi kaler yang kontra jadi cantik.

buta seni agaknya aku ni. aku ada banyak baju, tapi semuanya tak boleh pakai untuk buat mix and match. kalau ada pun baju tu sendat. aku tak nak dah pakai baju sendat2 macam zaman aku muda2 dulu. (oh sekarang masih muda ya?haha)

aku dah selesa dengan cara pemakaian aku. cukup la dengan baju longgar and labuh, tudung pun menutup dada, gaya simple tapi still kemas. aku rasa tak perlu untuk aku berhias lebih2.



pernah la berkeinginan untuk pakai cun2 fashionista macam kawan2 aku, tapi aku tak mampu la nak mencontohi korang. kenapa? sebab aku tak ada skill seni macam korang, tak juga ada perasaan untuk ubah keselesaan gaya aku sekarang ni. aku tak rasa fashionista thingy ni boleh dipelajari dengan mudah. bagi aku belajar subjek dalam dentistry course lagi senang. nak jadi fashionista, memang kena ada bakat tu, kalau tak, belajar sampai berbayar2 pergi grooming class pun tak guna jugak.

bagi aku, tak salah untuk siapa2 untuk jadi fashionista.. tapi berpada-padalah.. jangan sebab nak tarik sangat perhatian orang, sampaikan baju tak cukup labuh, dedahkan tangan, dedahkan dada.. harap2 jangan sampai ke tahap tu..

0 budak suka tunjuk gigi

Friday, 13 May 2011

Masuk Contest Blog Popular Pulak Dahh

Doodled by aL sYa at Friday, May 13, 2011


p/s: dh 3 kali kalah contest, tapi aL duk masuk lagi contest haha

0 budak suka tunjuk gigi

Thursday, 12 May 2011

Kumpulan Gula-Gula Memalukan??

Doodled by aL sYa at Thursday, May 12, 2011
Group 'Kpop Malaysia' atau dikenali dengan 'Wonder Girls Malaysia' dah release first single mereka.. komen aL tentang ni?



PERTAMA : omoo! sebagai peminat K-POP yang betul2 tulen daripada South Korea, aL merasakan lagu pertama mereka TIDAK LANGSUNG menepati ciri2 lagu K-POP!!

KEDUA : lagu mereka ni lebih kurang seangkatan dengan lagu GirlBand zaman 90-an i.e: seperti Elite & Feminine. Bahkan aL merasakan Elite & Feminine lebih gempak.. K-POP bukan macam lagu Suka Gitu ni~~ oh tidakkk~

KETIGA : K-POP terkenal dengan tarian hebat mereka.. lagu Suka Gitu ni? slow je, nak menari macam mana? tak rancak la huhu

KEEMPAT: komentar terakhir aL; aL akan menyokong kumpulan Gula2 KALAU mereka berhajat untuk menggemilangkan kembali era Girlband zaman 90-an.. sebab aL rindu lagu2 macam tu.. malangnya, mereka ni CIPLAK style negara lain.. bagus ke? and, pakaian mereka. ok, maybe sebab mereka 5/6 ialah Sabahan, kemungkinan besar mereka bukan Islam, jadi mereka fikir tak salah untuk berpakaian sexy, lebih2 lagi artis kita yang terang2 Islam pun pakai baju tapi macam bogel jugak. ok, so, itu terpulang kepada diri masing2.. and sorang lagi ahli, khabarnya dari semenanjung.. entah Islam atau tidak.. malas aL nak peduli dah. faham2 sendiri. apa2 hal pun, semoga kumpulan Gula2 dapat menerima kritikan dan komen daripada penduduk Malaysia. sebagai peminat K-POP, maaf untuk aL nyatakan bahawa aL kecewa dengan Gula2! pilihlah identiti negara kita sendiri.. tak perlu meniru.. kalau ada K-POP Malaysia pun, aL tetap akan pilih K-POP yang tulen dari South Korea! bukan K-POP Malaysia, MAAF!

p/s: nama Gula2 tu macam edit sikit je daripada kumpulan Candy? tak gitu?

8 budak suka tunjuk gigi

Sunday, 8 May 2011

Belajar Bahasa Korea =)

Doodled by aL sYa at Sunday, May 08, 2011



aku start minat betul2 kat industri hiburan South Korea ni sejak 2 tahun lepas.. masa aku belajar asasi.. masa aku sekolah menengah, aku tengok ramai kawan2 aku minat lagu korea, cerita korea, orang korea (hehe).. sekarang baru la aku tau kenapa diorang minat bila aku sendiri dah start minat ekekekek.

disebabkan aku minat dengan hiburan Korea Selatan (lagu & drama), aku bertekad nak belajar bahasa korea, pilihan bahasa ketiga, aku nak faham bahasa tu tanpa ada translation.. aku pun nak faham apa maksud lagu2 korea, aku pun tak nak la nyanyi sedap je lagu tu, tapi tah maksud apa2 tah yang aku dah nyanyi, mana la tau kan..

disebabkan cuti untuk budak2 degree sekarang ni lebih kurang 4 bulan (extend kemasukan degree intake pada bulan 9 nanti..), aku pun bercadang nak beli buku belajar bahasa korea, sekali dengan cd sekali, senang sikit aku nak lebih faham dengan bahasa korea ni.. dengan harga RM70, aku berjaya beli dari Popular hehe.

ni la buku yang aku maksudkan tu hehe


buat masa ni aku baru reti mengeja dan menulis sikit2.. aku try eja nama aku sendiri, nama kawan2.. hehe. kalau nak baca pun boleh, tapi merangkak lagi la.. sekarang ni maksud je aku belum faham walaupun reti baca tulisan Hangul tu.. takpe2, nanti insyaAllah dah 4 bulan aku mahir la semua ehehehe.

korang macam mana? ada terfikir nak belajar bahasa ketiga? ataupun dah tau bahasa ketiga? kongsi2 la =)

p/s: bercadang nak tuka nama panggilan 'aku' kepada 'aL'. ok tak? sebab tu panggilan daripada kawan2 =)

5 budak suka tunjuk gigi
 

aL sYa Copyright © 2011 Blog aL sYa Yang Punyaa